Festival Anugerah Juara Lagu Anugerah_Juara_Lagu_ke-30

Dua minggu sebelum malam anugerah, TV3 telah mengadakan Festival Anugerah Juara Lagu 30 pada 9 Januari 2016 yang bertempat di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka. Pelbagai aktiviti yang menarik serta jemputan artis kepada pengunjung dan pada sebelah malam pula akan berlangsungnya konsert kemuncak festival yang turut menampilkan penyanyi seperti Drama Band ,Noraniza Idris, Rahmad Mega, Kaka Azraff, Dayang Nurfaizah, Nash, dan Bunkface sebagai tanda penghargaan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan AJL yang lepas.[3]